Biodata Lengkap Baby Shima
Nama Lengkap : Nor Ashima Ramli
Nama Populer : Baby Shima
Tarikh lahir : 20 September
1992
Umur : 26
tahun
Asal :
Permas Jaya, Johor Bahru
Label :
Nagaswara (Indonesia)
Pekerjaan : Penyanyi
Media social : Twitter
@aicobabyshima,
Instagram @babyshimaofficial,
Facebook Baby Shima,
Youtube Baby Shima dan
Tik Tok babyshima
Fakta Menarik
1. Aktif menyanyi
lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat
perhatian setelah berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan
Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.
2. Mendirikan rumah
tangga pada Juni 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy)
setelah lima tahun berkenalan.
3. Antara single lagu
yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki
Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku
(duet bersama Floor 88).
4. Turut menyanyikan
lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan
Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013.
5. Pernah membintangi
telefilm Ayam Ribut Syawal sebagai peran utama, siaran TV3 pada tahun 2014.
6. Antara
pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search
2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program
KPOPNya Raya (Astro Ria), tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis
Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D'Academy Asia musim ketiga, tercalon
dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia
2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.
7. Pernah tular
kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D'Academy Asia di
Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hangat kerana pengsan di
konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan.

0 Response to "Biodata Lengkap Baby Shima"
Posting Komentar